konar@lepe

melihat dan menilai lebih baik dari mendengar dan menilai

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-

  1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
  2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
  3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja"
  4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
  5. Goji mengurangkan risiko kanser
  6. Goji mengurangkan kolestrol
  7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
  8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
  9. Goji membantu mengurangkan berat badan
  10. Goji melegakan sakit kepala dan pening
  11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
  12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
  13. Goji menguatkan jantung anda
  14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)
  15. Goji meningkatkan halangan penyakit
  16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
  17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser
  18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
  19. Goji menghalang tumbesaran tumor
  20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
  21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum)
  22. Goji meningkat limfosit
  23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang
  24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat
  25. Goji merawat simptom-simptom menapause
  26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
  27. Goji meningkatkan kesuburan
  28. Goji menguatkan otot dan tulang anda
  29. Goji menyokong fungsi buah pinggang
  30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
  31. Goji membantu batuk kering yang kronik
  32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
  33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda
  34. Goji membantu sistem penghadaman


Jus Delima (Granada)

Buah delima berasal dari negeri Parsi Purba (Iran sekarang). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium. Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
  • Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara
  • Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

    cara pengambilan : 15- 30cc sehari, bila bila waktu

    Harga Pasaran RM 71.30 700ml

    JIKA BERMINAT TUAN PUAN BOLEH HUBUNGI EN SHAHIMAN 0199009773

    Jus Goji

    Goji adalah sejenis buah yang tergolong dalam Wolfberry, mengandungi beberapa jenis vitamin seperti asid, lutien dan lycope. Berasal dari Utara dan Barat Daya Negeri China di mana ramai penduduk berugama Islam tinggal. Ianya telah lama menjadi amalan dalam pemakanan dan minuman masyarakat China kerana keistimewaan dan kelebihan khasiat semulajadinya.


    Keistimewaan Buah Goji
    :-

  • Dalam perubatan tradisional Cina menyatakan buah goji boleh menambahkan daya ketahanan tubuh (antioksida)
  • Untuk kesihatan hati
  • Untuk kesihatan mata agar lebih cerah
  • Membantu meningkatkan sperma lelaki
  • Mengandungi bahan anti oksida yang tinggi
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menguatkan daya ingatan dan menguatkan hati
  • Menambahkan tenaga
  • Menghalang kanser darah putih
  • meningkatkan daya penglihatan
  • Ciri-Ciri Menarik Mengenai Buah Goji

  • Mengandungi anti oksida yang tinggi untuk mencegah kanser
  • membantu meningkatkan tahap penglihatan dan retina terutamanya di dalam kawasan gelap
  • meningkatkan “Aeration” dan penghasilan darah
  • Mencegah serta mengurangkan kesan “Hepatoprotective”
  • Meningkatkan tahap fizikal dan kognitif dan fungsi sesksual terutama lelaki
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu mencegah beberapa jenis kanser
  • Anti penuaan
  • Peringatan
    Untuk sebab-sebab kesihatan, Healti Goji tidak disarankan kepada pesakit SLE dan juga kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang terutamannya pesakit kronik yang sedang menjalani rawatan “Hemodilisis”

    Harga Pasaran RM 121.90 700ml

    SESIAPA YANG BERMINAT PRODUK KELUARAN GIFFARINE INI

    BOLEH HUBUNGI EN SHAHIMAN 019 9009773

    Surah Al-Kahfi

    1. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad s.a.w, baginda telah bersabda :
    "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
    (Hadis riwayat,Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al- Tarmizi daripada Qatadah)

    2. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi s.a.w bersabda :
    "Sesiapa yang membaca sepuluh ayat akhir surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al Dajjal".
    (Hadis riwayat Muslim dan al_Nasa'i)

    3. Daripada Umar berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :
    "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
    (HR Ibnu Katsir)


    Surah Yaasiin

    1. Daripada Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda :
    "Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah s.w.t tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali."
    (HR Al-Tarmizi)

    Surah Ad-Dukhan

    1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : nabi S.A.W telah bersabda :
    "Sesiapa membaca surah "Haamim Ad Dukhan" pada waktu malam Jumaat, maka dia diberi keampunan baginya."
    (HR Ibnu Katsir)

    Surah Al-Waqiah

    1. Daripada Abi Dhibah. "Telah sakit Abdullah yang membolehkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a. Beliau bertanya : "Apa yang kamu adukan?" Abdullah menjawab : "Dosa-dosaku." Dan apa yang kamu mahu sekarang?" Beliau menjawab :"Rahmat Tuhanku." "Perlukah saya panggil doktor?" Beliau menjawab : "Doktor lebih sakit daripada saya." Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.........." Abdullah menjawab : "Saya tidak berhajat kepadanya." Usman berkata : "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu." Beliau menjawab : "Adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

    Surah Al-Hasyar

    1. Daripada Fadhil Ibnu Yassa Al-Muzani r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
    "Sesiapa yang membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis sami'il 'alimi minassyaitanir rajim" kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah s..w.t mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
    (HR At-Tarmizi)

    Surah Al-Mulk

    1. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
    "Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabarakallazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. "Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu. Sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah Al-Mulk) menemui Allah s.w.t dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (simati) dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah s.w.t berfirman "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah) : "Sesungguhnya saya marah." Allah s.w.t berfirman : "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya."

    Nabi s.a.w bersabda :
    "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kubur supaya si mati tidak merasa kesunyian."

    Anas berkata :
    "Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan".

    (HR Ibnu Katsir)

    Assalamualaikum.. semua sahabat yang mengenali diri ini, ku pohon ampun dan maaf jika ada yang tersimpul di hati. kepada rakan-rakan lama di SMU(A) Azahariah Melor dan UiTM Dungun, lama tak dengar khabar kalian semua. Kepada bos Vektor Dr Che Kamaludin dan semua org kuat vektor lan, saberi, din, rozi, hafiz, zuhaidi, kharmi, azemi, mat noor, che adnan, dahrul,mat zain, anuar, kakwan, hasyima dan lain2 ampun dan maaf dipinta sepanjang menguruskan perjalanan pertadbiran vektor jknk. selamat hari raya aidiladha semua!!